PERNIAGAAN TANI

CAWANGAN

Cawangan Input Pertanian

Cawangan Pemasaran

Cawangan Kejenteraan

CAWANGAN INPUT PERTANIAN

Cawangan Input Pertanian mencatatkan nilai isipadu perniagaan bagi tahun 2015 berjumlah RM 7.14 juta dengan keuntungan bersih RM 218,535 . Manakala bagi tempoh berakhir 30 Jun 2016 isipadu perniagaan adalah sebanyak RM 2.38 juta .Cawangan ini menjalankan perniagaan bekalan input pertanian kepada ahli dan bukan ahli. Bagi memantapkan perniagaan dan memberi sumbangan kepada ahli, program input bersepadu dilaksanakan di antara Pertubuhan Peladang tiga peringkat iaitu PPK,PPN dan NAFAS. Antara bekalan pertanian yang di tawarkan adalah seperti baja, racun, benih padi dan peralatan perladangan dan pertanian.

 

Disamping itu, dalam usaha membantu PPK, PPN Perak memberikan insentif kepada ahli dalam bentuk harga istimewa dam hadiah langganan bagi nilai langganan telah dilanggani

CAWANGAN PEMASARAN

Pada tahun 2015 Cawangan Pemasaran memperolehi pedapatan berjumlah RM 8.45 juta. Diantara aktiviti permasaran yang di jalankan ialah jualan benih padi dan agen pemasaran Buah Tandan Segar dari ladang yang diuruskan oleh PPN Perak. Bahagian ini juga terlibat dalam aktiviti pengapuran di bawah Program Jaminan Bekalan makanan Negara

 

Isipadu perniagaan bahagian ini pada tahun 2015 berjumlah RM 8.45 juta dengan keuntungan RM 185,631.00. manakala bagi tempoh berakhir 30 Jun 2016 isipadu perniagaan adalah sebanyak RM 13.42 juta dengan keuntungan sebanyak RM 122,000.00.

 

Di bawah Cawangan ini juga terdapat sebuah stesen minyak petron bertujuan memberi kemudahan perkhidmatan bekalan minyak kepada masyarakat dan mempelbagaikan aktiviti ekonomi. Bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2015 pendapatan stesen minyak Petron berjumlah RM 8.45 juta dengan Keuntungan bersih RM 185,631.00. Bagi tempoh 30 Jun 2016, pendapatan stesen minyak ini berjumlah RM 3.89 juta dengan keuntungan RM 52,021.00

Pertubuhan Peladang Negeri Perak

 

16 & 18, Medan Gopeng 2 & Jalan Raja Dr Nazrin Shah 31350 Ipoh,Perak,Malaysia

Telephone:  +60 5-312 4044

E-mail: ppn_pk@yahoo.com.my

Waktu Operasi :

Masa : 8.00 a.m - 5.00 p.m

Hari   : Isnin - Jumaat

GALERI

Berita

© Copyright 2016 All Rights Reserved.